Rabu, 28 April 2010

HARI ANUGERAH PUSAT SUMBER DAN PERTANDINGAN MEWARNA UTUSAN












JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS PSS DI EQUATORIAL BANGI






Seramai 50 orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan 4 orang guru PSS telah menghadiri satu Majlis Jamuan Akhir Tahun 2009 bertempat di Hotel Equatorial Bandar Baru Bangi. Majlis ini merupakan aktiviti tahunan dalam program Pusat Sumber. Selain jamuan makan ,para pengawas pusat sumber dihadiahi dengan cenderamata dan hadiah cabutan bertuah.Kegembiraan jelas terbayang di wajah para pelajar dan guru-guru.

Ahad, 24 Ogos 2008

LAWATAN ILMIAH KE BTP

Kami dari kumpulan KDP 14 Minggu akan mengadakan Lawatan Ilmiah ke BTP Malaysia Bukit Kiara pada 27 Ogos 2008 bersamaan hari Rabu ini.Tujuan lawatan adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang Pengurusan Pusat Sumber dan Teknologi Maklumat.
Seramai 23 orang peserta kursus dan 4 orang pensyarah akan mengikuti lawatan ini.Kami amat berharap melalui lawatan ini memberi manfaat dan banyak faedah yang berguna kepada kami semua.Sekian.

HARI KEMERDEKAAN

Pada 31 Ogos 2008 ini negara kita akan menyambut kemerdekaan yang ke 51 tahun.Pelbagai acara dan aktiviti yang menarik telah dan akan dilaksanakan sepanjang bulan kemerdekaan ini.Di mana -mana kelihatan warga kota dan desa mengibarkan bendera jalur gemilang di seluruh negara.
Sempena Sambutan Kemerdekaan ini Institut Perguruan Ilmu Khas akan mengadakan acara Pertandingan Menaikkan Wau dan Malam Kemerdekaan yang diadakan di padang serta di Dewan Besar IPIK. Warga IPIK dijemput datang beramai-ramai dan memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini.Sekian.

Jumaat, 15 Ogos 2008

CUTI KULIAH

Hari ini telah bermula cuti kuliah selama seminggu.Walaupun bercuti tugasan yang diberi oleh pensyarah mesti disiapkan. Peperiksaan PTK juga bakal menjelang 19 Ogos ini bersamaan hari Selasa.Latihan persembahan kumpulan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 51 pada 29 Ogos ini (jumaat) perlu dipertingkatkan agar dapat memuaskan hati semua pihak.
Kepada semua rakan sekuliah Selamat Bercuti dan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan!!!

Ahad, 10 Ogos 2008

PERTANDINGAN MEWARNA / POSTER UTUSAN KAWAN
DENGAN KERJASAMA BANK RAKYAT
Tarikh: 24 Ogos 2008
Masa: 7.30 pagi hingga 2.00 petang
Hari: Ahad
Tempat: Dewan SMAP Kajang

Terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan menengah Zon PKG Kajang.
Borang penyertaan boleh didapati melalui guru media di sekolah masing-masing.
Yuran penyertaan RM 10.00.Datanglah beramai-ramai kerana pelbagai hadiah menarik disediakan.Jangan lepaskan peluang keemasan ini!!!